About us

Rasid Norasikin Consultant merupakan sebuah agensi yang khusus dalam menyediakan perkhidmatan Takaful Am dan perlindungan Insurans am kepada individu, keluarga serta pelanggan korporat. Dengan pengalaman sejak 1994, kami telah membina pengalaman luas dalam membantu pelanggan mendapatkan perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan mereka. Kami memberi fokus kepada penyelesaian perlindungan yang mudah difahami, proses perkhidmatan yang cekap serta hubungan jangka panjang bersama pelanggan.

RAKAN NIAGA

Kami bekerjasama dengan beberapa penyedia takaful dan insurans am yang terkemuka, antaranya: Etiqa General Takaful, Syarikat Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas Am, Zurich General Takaful dan Kurnia Insurance. Kerjasama dengan pelbagai penyedia membolehkan kami membantu pelanggan mendapatkan pilihan perlindungan yang lebih sesuai mengikut keperluan masing-masing.

FOKUS PERNIAGAAN

Takaful /Insurance Kenderaan

Kami menyediakan perkhidmatan berkaitan perlindungan kenderaan termasuk: Takaful kereta, Takaful motosikal, Pembaharuan perlindungan, Road tax, Bantuan berkaitan tuntutan kemalangan. Khidmat nasihat perlindungan kenderaan.

Non-Motor Business.

Kami turut memberi tumpuan kepada perlindungan Non-Motor, termasuk keperluan perlindungan untuk individu, keluarga dan perniagaan. Kami berusaha membantu pelanggan memahami jenis perlindungan yang diperlukan supaya aset, operasi dan kepentingan mereka dapat dilindungi dengan lebih baik.

RANGKAIAN CAWANGAN

4 Cawangan iaitu di Shah Alam, Klang, Denai Alam dan Bukit Jelutong.

Rangkaian cawangan kami membantu memastikan pelanggan mendapat akses kepada perkhidmatan dan sokongan dengan lebih mudah.

Kami juga boleh di hubungi secara online.

VISI

Menjadi agensi Takaful Am yang dipercayai dan pilihan utama pelanggan melalui perkhidmatan yang profesional, pantas, telus dan berteraskan integriti.

MISI

Menyediakan penyelesaian perlindungan Takaful dan insurans am yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan, di samping memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan konsisten.

Kami komited untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan melalui Perkhidmatan yang profesional,, Penerangan yang jelas dan telus, Respons yang pantas, Sokongan selepas jualan, Khidmat bantuan ketika pelanggan memerlukan, Hubungan pelanggan yang berterusan.

NILAI KAMI

Amanah • Integriti • Profesional • Prihatin • Komitmen

Kami percaya bahawa perlindungan bukan sekadar polisi atau sijil Takaful. Ia adalah satu bentuk persediaan untuk menghadapi perkara yang tidak dijangka.

Rasid Norasikin Consultant — Membantu Melindungi Yang Berharga, Untuk Hari Ini dan Masa Hadapan.


Kami amat menghargai dan mengucapkan terima kasih sekiranya anda mempunyi cadangan atau pendapat